Baru- baru ini, saya terbaca kisah seorang blogger yang bertemu dengan krew TV Hijrah. Awal tahun 2010, saya terdengar desas- desus sebuah stesen televisyen terbaru akan muncul.
Stesen televisyen itu seperti saluran Astro Oasis di mana kandungannya berbentuk keagamaan. Apa yang lebih menarik, TV Hijrah mahu pembikinan programnya dari pra produksi hinggalah ke aspek pos produksi selari dengan aspek- aspek Islamik.
Mereka mahukan artis yang memegang watak di dalam sesebuah drama tayangan TV Hijrah pun seboleh- bolehnya mulia di luar set penggambaran filem atau drama.
Iklan-iklan yang bakal ditayangkan di TV Hijrah juga akan diterbitkan mengikut piawaian yang sesuai dengan Islam. Selain itu kandungan program juga mesti yang terbaik dan mendapat penerimaan baik dari para penonton.
Berdasarkan perancangan stesen televisyen ini, pada pendapat saya, perancangan TV Hijrah layak mendapat status “Halal”.
Apabila saya meneliti apa yang diceritakan oleh blogger ini, saya teringat Astro Awani. Perancangan untuk stesen televisyen tersebut baik, pengisian rancangan di saluran itu juga sememangnya boleh memandaikan bangsa.
Astro Awani menyajikan program- program perbincangan ilmiah, perbualan bersama tokoh terkemuka dan berita 24 jam. Namun penonton Astro Awani jauh lebih rendah berbanding saluran televisyen yang lain.
Walaupun pihak pengurusan menambah program- program baru di saluran tersebut, jumlah penonton masih tidak begitu memberangsangkan.
Mengapa terjadi hal demikian? Ini sekadar pendapat saya. Sesetengah rakyat Malaysia lebih gemar menonton program berbentuk picisan, hiburan dan bahan- bahan yang menghidangkan maklumat yang tidak mampu membina intelek.
Walaupun Astro Awani masih tidak mempunyai ramai penonton, pihak pengurusan masih mengekalkan konsep bagi memandaikan penduduk Malaysia melalui program- program yang disajikan. Tahniah kepada Astro Awani kerana terus komited dengan niat mulia kalian!
Persoalannya adakah TV Hijrah akan mencatatkan jumlah penonton yang tinggi sehinggakan pihak stesen itu ingin artis yang mulia di dalam dan di luar set penggambaran?
Di Malaysia, berapa ramai artis yang mempunyai watak dan perwatakan sebegitu? Realiti di Malaysia, sesetengah pelakon menutup aurat semasa penggambaran sahaja. Bagaimanakah TV Hijrah ingin mencapai hasrat murni mereka?
Sehinggakan mereka ingin melakukan tapisan awal semasa memilih iklan- iklan yang bakal ditayangkan di saluran itu.
Fakta, mana- mana stesen televisyen tidak mampu untuk hidup tanpa menjana pendapatan menerusi iklan. Kebanyakan pengiklan pula menampilkan wanita yang tidak menutup aurat di dalam iklan mereka. Mampukah TV Hijrah mencapai hasrat murni mereka?
Kita boleh memberitahu seluruh dunia apa yang kita rancang, hakikatnya tindakan kita kadang- kadang tersasar daripada apa yang ingin kita capai.
Dalam bahasa yang paling mudah, kita lebih senang bercakap daripada buat sesuatu tindakan. Walau apa pun, saya amat menyokong hasrat murni TV Hijrah. Saya berharap saya dapat menyumbang sesuatu kepada stesen televisyen ini suatu hari nanti, InsyaAllah.


Assalamu’alaikum w.b.t
Meskipun ulasan mengenai masa depan TVHijrah diolah dengan sedikit provokasi,tapi InsyaAllah…mudah2kan provokasi ini dapat menjadi krew TVAlhijrah lebih bersemangat untuk menyahut cabaran dan ujian ini..
InsyaAllah..
niat yang baik..& mengikut syariat yang betul.. akan dibantu oleh Allah..
Sungguh..hebatnya muslim itu bukan kerana semata2 usaha mereka..tapi kerana pertolongan Allah.. jadi jangan gentar.. jadilah media ‘ghuraba’..
Dan kita yang berada disekeliling.mainkanlah peranan dengan membantu dan memberikan respon dan komen yang membantu meningkatkan lagi mutu TVHijrah..bukan sekadar melihat & kemudian mengkritik..
INsyaAllah..
Saya sebagai mahasiswi sangat berminat dan memberi perhatian yang tinggi mengenai media&peranannya,
kerana bagi saya..media memainkan peranan utama dalam kehidupan kebanyakan dari kita..alangkah indah dan bersyukur bila mana ada media Islami yang disajikan kepada masyarakat Malaysia..
Islam itu pasti akan menang ..semoga kita mengambil bahagian untuk menjadi salah satu batu bata bernilai dalam pembinaan kemenangan Islam ini..
InsyaAllah,selagi mana TVHijrah paksi&panduannya adalah AlQuran,Sunnah,Ijmak& Qias..
Selagi itulah.. ummat Islam sebenar akan sentiasa menyukai TVHijrah..
Pedulikan kritikan kaum musyrikkin dan ancaman mereka yang bertopengkan “Islam” padahal sebenarnya musuh Islam yang nyata..
Jangan diabaikan, ambillah nasihat dari ulama2 & ilmuwan Islam yang sahih ilmunya dan thiqah peribadinya..
komen anak muda2, mahasiswa muslim wajarlah didengari juga..
InsyaAllah, didoakan semoga yang terbaik..
Wallahu’alam..
All the best TVHijrah..!!
Semoga kalian terus bersemangat meniup & menyemarakkan ruh islami pada jiwa2 kalian & juga saudara2 kita di Malaysia mahupun di luar Malaysia..
Fastabiqul Khairat..
Buatlah yang terbaik menurut penilaian Allah..
Semoga TVHijrah menjadi amal ibadah terbaik kalian.