Skizofrenia

how to get your ex back

tent/uploads/2011/09/3184271989_41e9138f2e_b.jpg” alt=”Cerpen” width=”486″ height=”314″ />

 Prolog

KAU mengitari segenap ceruk bilik itu. Sudah hampir setengah jam lamanya kau berada di dalam bilik itu. Si doktor akhirnya seakan dapat menyimpulkan satu keputusan.

“Berdasarkan sindrom-sindrom yang puan nyatakan tadi, besar kemungkinan anak puan ini menghidap skizofrenia.” Lelaki separuh umur itu menahan nafas dalam-dalam. Matanya merenung tajam ke arah kau.

”Doktor, adakah penyakit anak saya ini boleh disembuhkan?”

* * * *

Syaf duduk termenung. Dia menumpahkan sorot matanya ke segenap sudut kamar kecilnya. Sejak dari tadi hatinya berasa tidak senang. Sekejap-sekejap bagai ada suara bercakap-cakap di segenap kamarnya. Ingatannya kembali lagi kepada bayangan lelaki tua berjanggut melepasi dada, berkopiah putih yang datang beberapa hari lalu.

“Aku akan datang lagi….” Terngiang-ngiang suara lelaki tua itu menyusup ke fikirannya.

Jarang sekali bayangan seperti itu datang mengganggunya. Kebiasaannya hanya suara-suara halus mengacau tidurnya. Berantakan sekali. Tidak tahu sama ada mahu dilayan ataupun tidak. Tetapi jika tidak dilayan, bayangan itu tetap terus mengganggunya. Dan kini, di kamar kecil itulah dia, bersendirian dan mundar-mandir.

Tiba-tiba dari arah pintu yang ternganga itu, kelihatan seorang perempuan masuk ke kamarnya, bertudung putih dan memakai purdah menutupi sebahagian wajahnya.

“Ah! Siapa pula kali ini?”

Gerangan siapakah yang datang kali ini? Entahkan apa sebab dan maksud hatinya? Pertanyaan sebeginilah yang kerap kali menerjah benaknya. Dan setiap kali pertanyaan-pertanyaan itu menerjah benak, bersamaan itulah seluruh tubuh badannya terasa panas membakar. Terasa seksa hidup dihantui bayangan-bayangan begitu.

“Bajingan, lebih baik kau pergi dari sini sebelum aku menerajang kau keluar dari bilik ini! Tidak pernah aku membenarkan sesiapapun masuk ke bilik aku.”

Lalu berkali-kali dia memejam dan mencelikkan kedua-dua belah kelopak mata. Namun bayangan perempuan itu kian mendekatinya. Syaf tersentak. Perempuan asing itu tercegat di depannya, berpakaian jubah hitam. Tubuhnya lebih tinggi daripada Syaf.

“Tidak, anak muda. Aku tidak akan keluar selagi aku tidak betulkan kesalahan kau!”

“Apa kesalahan aku? Kau jangan mengarut perempuan asing!” Syaf mengerutkan dahinya. Matanya merenung tajam tepat ke arah perempuan itu.

“Ada! Kesalahan kau terhadap bangsa kami, Palestin”

“Ah! Sejak bila aku ada salah terhadap bangsa kau? Tidak pernah pula aku ambil tahu apa-apa pun tentang bangsa kau.”

Diam. Suasana sunyi seketika. Syaf tersentak. Tiba-tiba bahunya disentuh dari belakang.

“Ya, Itulah kesalahan kau! Sikap tidak ambil tahu kau ini akhirnya membunuh setiap anak-anak muda Palestin. Sikap pilon kau itu menyeksa setiap jiwa kami yang saban hari bermati-matian menyabung nyawa mempertahankan bumi Palestin,” suara garau seorang lelaki pula menyambung perbalahan tadi. Dengan tenang dia menjawab persoalan Syaf.

“Ah! Kau lagi lelaki tua. Kau jangan nak memomok-momokkan aku. Apa kaitan aku dengan bangsa kau? Itu masalah bangsa kau, bukannya masalah bangsa aku.” Syaf tidak mahu mengalah. Bukan semudah itu dia akan tunduk kepada kata-kata lelaki tua itu.

“Allahuakbar! Allahuakbar! Anak muda, masalah Al-Aqsa bukan sahaja masalah bangsa Palestin dan bangsa Arab tetapi permasalahan seluruh umat Islam tidak kira di mana mereka berada, di jihat utara, timur dan juga barat. Kini Al-Aqsa telah dicabul oleh Zionis laknatullah! Telah diyahudikan secara terang-terangan!” Lelaki tua berjanggut itu tampak tenang di depannya.

“Aku tidak mengerti apa yang kau maksudkan! Apa kaitannya denganku?”

“Adakah kau mengaku beragama Islam?”

“Ya, aku memang Islam sejak lahir.”

“Jadi apa tanggungjawab kau terhadap agama? Kau patut tahu setiap mukmin itu bersaudara, dan setiap saudara itu perlu saling membantu. Tapi di mana bantuan ketenteraan negara kau yang kononnya dikatakan mempunyai pasukan tempur yang kuat, komando yang dilatih khusus untuk membuat serang hendap. Kau tahu anak-anak kami yang tidak pernah mengikuti sebarang latihan ketenteraan, saban hari tetap berani mati bertarung dengan askar-askar Zionis.”

Syaf beredar ke jendela. Bumantara hanya diterangi cahaya samar bulan. Bulan yang memancar seakan turut sama mengherdiknya. Hatinya masih berkeras lagi.

“Gila betul kau, orang tua! Apa aku pula yang dipersalahkan kau tentang ketenteraan? Sedangkan aku bukannya pemerintah negara ini.”

Syaf berpaling semula ke arah lelaki tua tadi. Lelaki tua itu mengangkat tangan kanannya separas dada. Dari celah jari-jarinya terpercik sinar menikam ke sorot mata Syaf. Serentak dengan itu sinar putih memenuhi ruang kamarnya. Silau. Pandangannya kabur.

Syaf melongo. Lelaki tua tadi sudah tiada lagi di hadapannya. Kini dia dikelilingi mayat-mayat bergelimpangan, ada yang terburai isi perutnya, ada yang kepala berpisah daripada badan, ada yang biji mata tersembul keluar, ada yang tangan dipotong-potong jari, dan yang paling mengerikan mayat seorang bayi yang perutnya dirobek dan dibuang segala isinya. Kamarnya bertukar menjadi sel yang tidak layak untuk ditempatkan seorangpun manusia.

“Kau lihat itu anak muda, janganlah diletakkan segala beban kepada pemimpin negara. Kami juga memerlukan bantuan perubatan, doktor-doktor yang sememangnya terlatih. Kami kekurangan doktor. Kadang-kadang yang luka parah menjadi bertambah teruk, yang sakit menjadi lebih terseksa, yang sepatutnya masih boleh diselamatkan pula mati semasa dirawat.” Tersentak lamunannya. Perempuan berpurdah yang sejak tadi diam mula bersuara. Mata perempuan itu seakan menyembunyikan kepedihan yang teramat.

“Argh! Aku bukannya ada kelulusan kedoktoran, apatah lagi untuk merawat orang. Yang pasti aku bukannya doktor! Aku cuma pelajar universiti.” Syaf merengus.

“Kalaupun kau bukannya doktor, jurutera mahupun tentera. Kau tetap orang Islam dan seperti yang kau katakan tadi, kau adalah pelajar universiti. Adakah pelajar sekarang ini orangnya bangkut? Tidak mahu dewasa, tidak mahu ambil tahu hal dunia. Masalah Al-Quds bukan hanya masalah orang Islam tetapi ia adalah masalah dunia, masalah hak asasi, hak tanah kami yang sejak dari dulu dicabuli. Ya, bila ditanya siapa idola kau, mesti kau mengemukakan nama-nama artis, bintang-bintang sukan yang sememangnya diciptakan oleh Yahudi.”

“Ah!” Syaf bertempik. Serentak dengan itu Syaf berasa tubuhnya terkatung-katung. Kepalanya bagai dilambung ombak. Matanya berpinar-pinar kembali. Raungan dan rintihan yang entah datang dari mana tidak henti-henti menerkam ke gegendang telinganya. Makin lama raungan makin terasak dan padat. Syaf benar-benar lemas. Syaf menekup telinganya. Tetapi suara-suara itu semakin kuat menerjah gegendangnya. Mendayu-dayu dan teresak-esak suara kanak-kanak perempuan merintih:

…. Abi!! Kenapa mereka jauhkan aku daripadamu?

Mereka menangkapmu tanpa memberi kesempatan

untukmu menciumku walau sekali

atau mengusap air mata umi yang menitis sayu

Setiap hari aku bertanya kepada matahari

apakah abi akan kembali

ataukah dia akan pergi selamanya

atau dia akan mengusap air mata umi

yang menitis setiap hari

Wahai abi, di manakah engkau?

Dari jauh, Syaf nampak seorang kanak-kanak kecil sedang berselindung di sebalik dinding. Pakaiannya robak-rabit. Mukanya ditekupkan dengan kedua belah tangan. Menangis semahu-mahunya. Kanak-kanak kecil itu merintih lagi:

…. Wahai bayi-bayi yang dijajah

telah datang hari baru setelah

hari lalu yang dirampas

dan bayi baru lahir sesudah

bayi yang lalu dibunuh

dan para syuhada berguguran setelah

gugur syahid yang lain pada waktu dulu

Mana hari kemenangan dan

kehancuran jeriji besi itu!

Malulah kalian yang tidak

berbuat apa-apa!

Suara tangisan dan raungan manusia semakin kuat kedengaran. Makin memekakkan telinga Syaf. Bersamaan itu dilihat di depannya seorang perempuan yang sarat mengandung diheret oleh seorang tentera, seorang gadis pula disepak terajang di tengah-tengah bandar dan seorang lelaki yang sudah berkecai kepalanya. Mungkin bapa gadis itu fikirnya. Di suatu sudut di ruang kamarnya, dengan tubuh yang tergigil-gigil dia menyaksikan peristiwa demi peristiwa.

Tetapi, apakah benar segala yang terpapar di ruang pandangannya itu kini?

Ah! Sungguh dia tidak percaya akan apa yang dilihatnya sendiri. Mana mungkin manusia yang selalu memperkatakan tentang hak asasi manusia sanggup bertindak sedemikian. Atau mereka itu hanyalah khinzir bertopengkan manusia yang berpura-pura bertindak atas slogan: ‘Memerangi Keganasan’?

“Sudahkah kau sedar wahai anak muda?” Satu lagi bayangan lelaki yang entah bila datangnya bersuara kepadanya. Kali ini bukan orang tua berjanggut itu tetapi seorang pemuda yang tingginya lebih kurang sama dengannya, berbadan tegap dan berpakaian kemas seperti ahli perniagaan lagaknya.

“Yang perlu kau bimbangkan ialah keadaan negara kau yang juga sedang ’ditakluki’ oleh Zionis menerusi sektor korporat. Kau tahu baju, kasut dan apa-apa sahajalah barangan berjenama yang dibeli oleh kau itu malah berjenis-jenis makanan dan minuman yang kau nikmati hampir setiap hari memberi keuntungan kepada Zionis. Hari ini, secara terang-terangan Amerika Syarikat sudah digelar ’The New Jerusalem’ kerana hampir kesemua sektor ekonominya milik Yahudi. Masihkah kau katakan kau tidak melakukan kesilapan ke atas bangsa kami, Palestin?”

Syaf terkesima dengan kata-kata lelaki muda itu. Kepalanya ditundukkan seakan diletakkan beban yang berat di atasnya. Beban berat sebongkah besar batu. Tidak mampu lagi kepalanya didongakkan.

Wajah demi wajah kini jelas terpapar di depannya. Percikan darah berserakan di sana sini. Juga beberapa tubuh terbaring kaku di hadapan ruang matanya. Raungan dan pekikan juga lantang berkumandang.

“Kau tahu anak muda. Anak-anak kami pergi meninggalkan kami pada pagi hari dan pulang pada petangnya sebagai syahid. Tapi kau hanya menonton mereka di layar televisyen. Apa yang kau tonton? Dan mengapa hanya menonton? Al-Quds dan Al-Aqsa memanggil: Wahai pemuda-pemuda, bebaskanlah aku daripada cengkaman taghut Zionis dan Yahudi. Tapi apa jawapan kita? Dan apa jawapan kau saat Al-Quds dan Al-Aqsa memanggil? Maka jawablah: Labbaika ya Aqsa! Labbaika ya Aqsa dengan ruh-ruh kami!” Perempuan yang berpurdah itu tadi kembali bersuara lantang.

Serasa keinsafan menyelinap di seluruh tubuhnya lalu mencerahkan kembali kegelapan yang sekian lama merayap di segenap ruang hatinya.

“Ya.. Ya.. Aku bersalah. Maafkan aku kerana baru sedar akan semua ini.” Syaf berjalan menuju menghampiri arah kanak-kanak perempuan kecil yang merintih tadi. Diusapnya lembut kepala kanak-kanak kecil itu.

“Siapa namamu?”

“Fatima…..”

“Fatima, tunggulah kedatanganku di bumi Palestin nanti….”

Keadaan menjadi gelap semula. Zulmat.

* * * *

Epilog

Kau menggaru-garu kepala selepas gangguan-gangguan tadi hilang. Lalu kau menelan beberapa biji pil zyprexa beserta abilify. Lantas kaku terduduk di atas tilam empuk di dalam kamar tidur. Suasana kembali sepi. Si cengkerik bagai ketiadaan suara lagi untuk menyanyi.

Kau berbisik di dalam hati, “Ya Al-Aqsa, nantikan aku di bumimu. Labbaika ya Aqsa dengan darahku!”