StudioMuslim.com

The Road Not Taken: Satu Pandangan
Teringat sewaktu sekolah dahulu, seorang guru meminta saya membacakan puisi ini di hadapan kelas. Rasa terpaksa tetapi kemudian ia menjadi antara puisi yang saya gemari sehingga sekarang.

The Road Not Taken

Two roads diverged in a yellow wood,

And sorry I could not travel both

And be one traveler, long I stood

And looked down one as far as I could

To where it bent in the undergrowth;

Then took the other, as just as fair,

And having perhaps the better claim

Because it was grassy and wanted wear,

Though as for that the passing there

Had worn them really about the same,

And both that morning equally lay

In leaves no step had trodden black.

Oh, I marked the first for another day!

Yet knowing how way leads on to way

I doubted if I should ever come back.

I shall be telling this with a sigh

Somewhere ages and ages hence:

Two roads diverged in a wood, and I,

I took the one less traveled by,

And that has made all the difference.

Banyak perkara yang berlaku hanya kerana saya memilih jalan yang bukan menjadi pilihan ramai. Persoalan timbul, adakah memilih jalan yang bukan pilihan ramai sesuatu yang bagus.

And sorry I could not travel both

And be one traveler, long I stood

And looked down one as far as I could

Dua jalan berbeza, namun kedua-duanya menjanjikan kehidupan juga. Mungkin berlainan dan mungkin juga sama. Dua jalan berbeza yang menyebabkan saya perlu memilih salah satu.

“Ah, kau mungkin mahukan cabaran dalam hidup,” seorang rakan berkata kepada saya.

Saya membaca semula:

Though as for that the passing there

Had worn them really about the same

Kedua-dua jalan mempunyai cabaran dan liku yang hampir sama. Tidak kira cara belajar yang bagaimana yang kau pilih, di universiti atau terus di alam bisnes dan juga kerjaya. Jadi isu ingin cabaran dalam kehidupan tertolak sama sekali. Kedua-duanya punya gula dan kopi, ada manis dan ada juga pahitnya.

Tiada jalan yang mudah. Setiap satunya akan mematangkan diri dengan pengalaman yang berbeza.

I took the one less traveled by,

And that has made all the difference.

Persoalan yang ditimbulkan dalam puisi ini adalah adakah ia adalah sesuatu yang bagus untuk ‘take the road less traveled’?

Ramai terus mentafsir dua baris akhir ini sahaja kerana sudah menjadi kebiasaan dalam mana-mana puisi – dua baris akhir puisi adalah kesimpulan yang kuat untuk puisi tersebut. Menjadi kebiasaan mana-mana penulis untuk menamatkan puisi dalam dua baris akhir.

Jadi ramai menyimpulkan memilih jalan yang less traveled sebagai sesuatu yang bagus. Cuma ramai yang terlepas pandang mungkin, Robert Frost juga menyatakan pada baris-baris sebelumnya:

I shall be telling this with a sigh

Somewhere ages and ages hence

Apabila kita semakin dewasa, kita akan mengenang kembali pilihan yang kita ambil. ‘Sigh’ di sini boleh dinterprestasi sebagai penyesalan, mungkin juga self-satisfaction (sigh of contentment), dan mungkin kepiluan.

Saya lebih suka merenung semula tiga rangkap awal selepas membaca dua baris hujung itu. Tidak kira jalan mana yang pilihan kita, buatlah pilihan selepas kita ‘melihat’ dengan betul kedua-dua jalan tersebut.

Memilih sesuatu yang tidak menjadi pilihan ramai orang tidak menjadikan kita lebih hebat. Ia sekadar menjadikan diri berbeza. Ya, itu sahaja – berbeza.

Skizofrenia
Prolog

KAU mengitari segenap ceruk bilik itu. Sudah hampir setengah jam lamanya kau berada di dalam bilik itu. Si doktor akhirnya seakan dapat menyimpulkan satu keputusan.

“Berdasarkan sindrom-sindrom yang puan nyatakan tadi, besar kemungkinan anak puan ini menghidap skizofrenia.” Lelaki separuh umur itu menahan nafas dalam-dalam. Matanya merenung tajam ke arah kau.

”Doktor, adakah penyakit anak saya ini boleh disembuhkan?”

Syaf duduk termenung. Dia menumpahkan sorot matanya ke segenap sudut kamar kecilnya. Sejak dari tadi hatinya berasa tidak senang. Sekejap-sekejap bagai ada suara bercakap-cakap di segenap kamarnya. Ingatannya kembali lagi kepada bayangan lelaki tua berjanggut melepasi dada, berkopiah putih yang datang beberapa hari lalu.

“Aku akan datang lagi….” Terngiang-ngiang suara lelaki tua itu menyusup ke fikirannya.

Jarang sekali bayangan seperti itu datang mengganggunya. Kebiasaannya hanya suara-suara halus mengacau tidurnya. Berantakan sekali. Tidak tahu sama ada mahu dilayan ataupun tidak. Tetapi jika tidak dilayan, bayangan itu tetap terus mengganggunya. Dan kini, di kamar kecil itulah dia, bersendirian dan mundar-mandir.

Tiba-tiba dari arah pintu yang ternganga itu, kelihatan seorang perempuan masuk ke kamarnya, bertudung putih dan memakai purdah menutupi sebahagian wajahnya.

“Ah! Siapa pula kali ini?”

Gerangan siapakah yang datang kali ini? Entahkan apa sebab dan maksud hatinya? Pertanyaan sebeginilah yang kerap kali menerjah benaknya. Dan setiap kali pertanyaan-pertanyaan itu menerjah benak, bersamaan itulah seluruh tubuh badannya terasa panas membakar. Terasa seksa hidup dihantui bayangan-bayangan begitu.

“Bajingan, lebih baik kau pergi dari sini sebelum aku menerajang kau keluar dari bilik ini! Tidak pernah aku membenarkan sesiapapun masuk ke bilik aku.”

Lalu berkali-kali dia memejam dan mencelikkan kedua-dua belah kelopak mata. Namun bayangan perempuan itu kian mendekatinya. Syaf tersentak. Perempuan asing itu tercegat di depannya, berpakaian jubah hitam. Tubuhnya lebih tinggi daripada Syaf.

“Tidak, anak muda. Aku tidak akan keluar selagi aku tidak betulkan kesalahan kau!”

“Apa kesalahan aku? Kau jangan mengarut perempuan asing!” Syaf mengerutkan dahinya. Matanya merenung tajam tepat ke arah perempuan itu.

“Ada! Kesalahan kau terhadap bangsa kami, Palestin”

“Ah! Sejak bila aku ada salah terhadap bangsa kau? Tidak pernah pula aku ambil tahu apa-apa pun tentang bangsa kau.”

Diam. Suasana sunyi seketika. Syaf tersentak. Tiba-tiba bahunya disentuh dari belakang.

“Ya, Itulah kesalahan kau! Sikap tidak ambil tahu kau ini akhirnya membunuh setiap anak-anak muda Palestin. Sikap pilon kau itu menyeksa setiap jiwa kami yang saban hari bermati-matian menyabung nyawa mempertahankan bumi Palestin,” suara garau seorang lelaki pula menyambung perbalahan tadi. Dengan tenang dia menjawab persoalan Syaf.

“Ah! Kau lagi lelaki tua. Kau jangan nak memomok-momokkan aku. Apa kaitan aku dengan bangsa kau? Itu masalah bangsa kau, bukannya masalah bangsa aku.” Syaf tidak mahu mengalah. Bukan semudah itu dia akan tunduk kepada kata-kata lelaki tua itu.

“Allahuakbar! Allahuakbar! Anak muda, masalah Al-Aqsa bukan sahaja masalah bangsa Palestin dan bangsa Arab tetapi permasalahan seluruh umat Islam tidak kira di mana mereka berada, di jihat utara, timur dan juga barat. Kini Al-Aqsa telah dicabul oleh Zionis laknatullah! Telah diyahudikan secara terang-terangan!” Lelaki tua berjanggut itu tampak tenang di depannya.

“Aku tidak mengerti apa yang kau maksudkan! Apa kaitannya denganku?”

“Adakah kau mengaku beragama Islam?”

“Ya, aku memang Islam sejak lahir.”

“Jadi apa tanggungjawab kau terhadap agama? Kau patut tahu setiap mukmin itu bersaudara, dan setiap saudara itu perlu saling membantu. Tapi di mana bantuan ketenteraan negara kau yang kononnya dikatakan mempunyai pasukan tempur yang kuat, komando yang dilatih khusus untuk membuat serang hendap. Kau tahu anak-anak kami yang tidak pernah mengikuti sebarang latihan ketenteraan, saban hari tetap berani mati bertarung dengan askar-askar Zionis.”

Syaf beredar ke jendela. Bumantara hanya diterangi cahaya samar bulan. Bulan yang memancar seakan turut sama mengherdiknya. Hatinya masih berkeras lagi.

“Gila betul kau, orang tua! Apa aku pula yang dipersalahkan kau tentang ketenteraan? Sedangkan aku bukannya pemerintah negara ini.”

Syaf berpaling semula ke arah lelaki tua tadi. Lelaki tua itu mengangkat tangan kanannya separas dada. Dari celah jari-jarinya terpercik sinar menikam ke sorot mata Syaf. Serentak dengan itu sinar putih memenuhi ruang kamarnya. Silau. Pandangannya kabur.

Syaf melongo. Lelaki tua tadi sudah tiada lagi di hadapannya. Kini dia dikelilingi mayat-mayat bergelimpangan, ada yang terburai isi perutnya, ada yang kepala berpisah daripada badan, ada yang biji mata tersembul keluar, ada yang tangan dipotong-potong jari, dan yang paling mengerikan mayat seorang bayi yang perutnya dirobek dan dibuang segala isinya. Kamarnya bertukar menjadi sel yang tidak layak untuk ditempatkan seorangpun manusia.

“Kau lihat itu anak muda, janganlah diletakkan segala beban kepada pemimpin negara. Kami juga memerlukan bantuan perubatan, doktor-doktor yang sememangnya terlatih. Kami kekurangan doktor. Kadang-kadang yang luka parah menjadi bertambah teruk, yang sakit menjadi lebih terseksa, yang sepatutnya masih boleh diselamatkan pula mati semasa dirawat.” Tersentak lamunannya. Perempuan berpurdah yang sejak tadi diam mula bersuara. Mata perempuan itu seakan menyembunyikan kepedihan yang teramat.

“Argh! Aku bukannya ada kelulusan kedoktoran, apatah lagi untuk merawat orang. Yang pasti aku bukannya doktor! Aku cuma pelajar universiti.” Syaf merengus.

“Kalaupun kau bukannya doktor, jurutera mahupun tentera. Kau tetap orang Islam dan seperti yang kau katakan tadi, kau adalah pelajar universiti. Adakah pelajar sekarang ini orangnya bangkut? Tidak mahu dewasa, tidak mahu ambil tahu hal dunia. Masalah Al-Quds bukan hanya masalah orang Islam tetapi ia adalah masalah dunia, masalah hak asasi, hak tanah kami yang sejak dari dulu dicabuli. Ya, bila ditanya siapa idola kau, mesti kau mengemukakan nama-nama artis, bintang-bintang sukan yang sememangnya diciptakan oleh Yahudi.”

“Ah!” Syaf bertempik. Serentak dengan itu Syaf berasa tubuhnya terkatung-katung. Kepalanya bagai dilambung ombak. Matanya berpinar-pinar kembali. Raungan dan rintihan yang entah datang dari mana tidak henti-henti menerkam ke gegendang telinganya. Makin lama raungan makin terasak dan padat. Syaf benar-benar lemas. Syaf menekup telinganya. Tetapi suara-suara itu semakin kuat menerjah gegendangnya. Mendayu-dayu dan teresak-esak suara kanak-kanak perempuan merintih:

…. Abi!! Kenapa mereka jauhkan aku daripadamu?

Mereka menangkapmu tanpa memberi kesempatan

untukmu menciumku walau sekali

atau mengusap air mata umi yang menitis sayu

Setiap hari aku bertanya kepada matahari

apakah abi akan kembali

ataukah dia akan pergi selamanya

atau dia akan mengusap air mata umi

yang menitis setiap hari

Wahai abi, di manakah engkau?

Dari jauh, Syaf nampak seorang kanak-kanak kecil sedang berselindung di sebalik dinding. Pakaiannya robak-rabit. Mukanya ditekupkan dengan kedua belah tangan. Menangis semahu-mahunya. Kanak-kanak kecil itu merintih lagi:

…. Wahai bayi-bayi yang dijajah

telah datang hari baru setelah

hari lalu yang dirampas

dan bayi baru lahir sesudah

bayi yang lalu dibunuh

dan para syuhada berguguran setelah

gugur syahid yang lain pada waktu dulu

Mana hari kemenangan dan

kehancuran jeriji besi itu!

Malulah kalian yang tidak

berbuat apa-apa!

Suara tangisan dan raungan manusia semakin kuat kedengaran. Makin memekakkan telinga Syaf. Bersamaan itu dilihat di depannya seorang perempuan yang sarat mengandung diheret oleh seorang tentera, seorang gadis pula disepak terajang di tengah-tengah bandar dan seorang lelaki yang sudah berkecai kepalanya. Mungkin bapa gadis itu fikirnya. Di suatu sudut di ruang kamarnya, dengan tubuh yang tergigil-gigil dia menyaksikan peristiwa demi peristiwa.

Tetapi, apakah benar segala yang terpapar di ruang pandangannya itu kini?

Ah! Sungguh dia tidak percaya akan apa yang dilihatnya sendiri. Mana mungkin manusia yang selalu memperkatakan tentang hak asasi manusia sanggup bertindak sedemikian. Atau mereka itu hanyalah khinzir bertopengkan manusia yang berpura-pura bertindak atas slogan: ‘Memerangi Keganasan’?

“Sudahkah kau sedar wahai anak muda?” Satu lagi bayangan lelaki yang entah bila datangnya bersuara kepadanya. Kali ini bukan orang tua berjanggut itu tetapi seorang pemuda yang tingginya lebih kurang sama dengannya, berbadan tegap dan berpakaian kemas seperti ahli perniagaan lagaknya.

“Yang perlu kau bimbangkan ialah keadaan negara kau yang juga sedang ’ditakluki’ oleh Zionis menerusi sektor korporat. Kau tahu baju, kasut dan apa-apa sahajalah barangan berjenama yang dibeli oleh kau itu malah berjenis-jenis makanan dan minuman yang kau nikmati hampir setiap hari memberi keuntungan kepada Zionis. Hari ini, secara terang-terangan Amerika Syarikat sudah digelar ’The New Jerusalem’ kerana hampir kesemua sektor ekonominya milik Yahudi. Masihkah kau katakan kau tidak melakukan kesilapan ke atas bangsa kami, Palestin?”

Syaf terkesima dengan kata-kata lelaki muda itu. Kepalanya ditundukkan seakan diletakkan beban yang berat di atasnya. Beban berat sebongkah besar batu. Tidak mampu lagi kepalanya didongakkan.

Wajah demi wajah kini jelas terpapar di depannya. Percikan darah berserakan di sana sini. Juga beberapa tubuh terbaring kaku di hadapan ruang matanya. Raungan dan pekikan juga lantang berkumandang.

“Kau tahu anak muda. Anak-anak kami pergi meninggalkan kami pada pagi hari dan pulang pada petangnya sebagai syahid. Tapi kau hanya menonton mereka di layar televisyen. Apa yang kau tonton? Dan mengapa hanya menonton? Al-Quds dan Al-Aqsa memanggil: Wahai pemuda-pemuda, bebaskanlah aku daripada cengkaman taghut Zionis dan Yahudi. Tapi apa jawapan kita? Dan apa jawapan kau saat Al-Quds dan Al-Aqsa memanggil? Maka jawablah: Labbaika ya Aqsa! Labbaika ya Aqsa dengan ruh-ruh kami!” Perempuan yang berpurdah itu tadi kembali bersuara lantang.

Serasa keinsafan menyelinap di seluruh tubuhnya lalu mencerahkan kembali kegelapan yang sekian lama merayap di segenap ruang hatinya.

“Ya.. Ya.. Aku bersalah. Maafkan aku kerana baru sedar akan semua ini.” Syaf berjalan menuju menghampiri arah kanak-kanak perempuan kecil yang merintih tadi. Diusapnya lembut kepala kanak-kanak kecil itu.

“Siapa namamu?”

“Fatima…..”

“Fatima, tunggulah kedatanganku di bumi Palestin nanti….”

Keadaan menjadi gelap semula. Zulmat.

Epilog

Kau menggaru-garu kepala selepas gangguan-gangguan tadi hilang. Lalu kau menelan beberapa biji pil zyprexa beserta abilify. Lantas kaku terduduk di atas tilam empuk di dalam kamar tidur. Suasana kembali sepi. Si cengkerik bagai ketiadaan suara lagi untuk menyanyi.

Kau berbisik di dalam hati, “Ya Al-Aqsa, nantikan aku di bumimu. Labbaika ya Aqsa dengan darahku!”

Membina Network dengan Media
Apakah faedah menjalinkan hubungan rapat dengan media? Adakah ia dapat membantu daripada sudut promosi atau mencipta kontroversi semata-mata? Jika ia membantu, apakah cara-cara bagi membina hubungan yang baik dengan media?

Soalan-soalan sebegini biasanya muncul apabila kita mempunyai bahan menarik untuk dihebahkan tetapi kita tidak tahu bagaimana untuk memulakan hubungan dengan pihak media.

Akhirnya, kita terpaksa membuat pilihan; sama ada tidak menjalinkan apa-apa hubungan dengan media atau kita mengeluarkan belanja yang besar kepada syarikat perhubungan awam bagi membina rangkaian dengan media.

Hakikatnya, kemahiran membina hubungan yang baik dengan media boleh dilakukan oleh ANDA SENDIRI! YA, ANDA SENDIRI boleh melakukannya asalkan kena pada caranya. Apakah cara-cara itu? Tahukah anda, dunia media ini “kecil” sahaja sehinggakan anda mampu mencipta rangkaian yang luas dengan media dalam masa yang singkat sahaja?

Teknik membina network dengan media akan saya kongsikan bersama anda pada 30 Julai dari 9 pagi hingga 1 tengah hari bertempat di pejabat Ultra Mind Resources di 11-2 JALAN WANGSA SETIA 3, WANGSA MELAWATI, 53300 KUALA LUMPUR. Kursus empat jam ini terhad kepada 20 orang peserta sahaja.

Adakah anda layak menyertai bengkel ini?

YA!!!Anda sememangnya layak! Terbuka kepada:

-    Ahli perniagaan yang mencari cara promosi di media yang berkesan dan percuma

-    Para penulis yang ingin mempromosikan karya agung mereka kepada orang ramai

-    Kakitangan jabatan perhubungan awam dan pemasaran

-    Mereka yang melakukan pekerjaan sepenuh masa / separuh masa dari rumah

-    Pelajar universiti / kolej yang ingin mendapatkan publisiti media bagi program di kampus masing-masing

-    Pelajar universiti / kolej yang melakukan kerja sambilan dan memerlukan khidmat publisiti media bagi melariskan produk / perkhidmatan mereka

-    TUAN & PUAN!

Dilengkapi dengan nota dan alat bantu yang lengkap untuk setiap peserta, sesi latihan intensif dan bimbingan daripada tenaga pakar yang berpengalaman, pelaburan anda ialah sebanyak RM70.

BONUS!!! Setiap peserta bakal mendapat direktori media cetak dan media elektronik tempatan secara PERCUMA agar promosi dapat dilakukan secara besar-besaran dan berpanjangan!

Yuran : RM 70

Bank Islam : 1203 8010 0808 30 (Ultra Mind Resources) atau ke akaun

Maybank : 5621 0620 0279 (Shamsuddin bin Abdul Kadir)

Tempat kini terhad kepada 15 orang sahaja.

Mohon tuan dan cik puan cc slip pembayaran ke info@sk.my atau faks slip ke nombor 03 4142 7300.

Daftarlah sekarang! Pelaburan anda yang kecil ini bakal membawa perubahan BESAR terutamanya kepada aspek promosi dan perhubungan awam kepada diri dan syarikat anda!

Anda Adalah Hero Dalam Kisah Anda!
Acapkali kita dihidangkan dengan filem-filem yang menjadikan lelaki paling kacak dan gagah sebagai hero. Selain rupa paras yang tampan ala-ala Shaheizy Sam, watak hero dalam sesebuah filem dijadikan taruhan utama untuk menarik bilangan penonton yang ramai, menonton filem tersebut. Hal ini sedikit sebanyak mempengaruhi acuan minda penonton yang hanya akan mengagung-agungkan sifat-sifat hero yang plastik. Pak Jabit? Jangan haraplah dia akan dijadikan hero!

Po Yang Mengagumkan!

Kalau anda menonton filem animasi Kungfu Panda, pastinya dimensi pemikiran anda berubah apabila melihat Beruang Panda yang berbadan besar dijadikan hero untuk filem ini! Po merupakan seekor beruang panda yang sangat teruja untuk mempelajari kungfu. Walaupun mempunyai tubuh badan yang gempal, Po tidak pernah menjadikan ia sebagai satu penghalang untuk beliau mempelajari kungfu.

Walaupun dipandang rendah oleh rakan-rakannya diawal pemilihannya menjadi Dragon Warrior, Po tidak pernah berputus asa malah minat yang mendalam untuk mempelajari kungfu dimaksimumkan. Akhirnya beliau berjaya dan menjadi hero dalam cerita tersebut.

Kalau diukur dari aspek fizikal, mungkin Po dilihat sebagai seorang ‘loser’ dari pelbagai sudut. Tetapi Po memilih untuk memaksimumkan kelebihannya sehingga kekurangan dirinya tenggelam dan tidak kelihatan.

Jadilah seperti Po!

Po adalah tauladan terbaik bagi mereka yang sering berasa rendah diri dengan kekurangan diri sendiri. Mengapa perlu memberi fokus pada kekurangan diri anda sehinggakan potensi yang sepatutnya digilap menjadi malap? Jadilah seperti Po! Serlahkan potensi yang anda miliki untuk berjaya dalam hidup. Mengapa memilih untuk jadi orang biasa sedangkan kita diciptakan untuk menjadi yang luarbiasa!

Anda Adalah Hero Dalam Kisah Anda!

Ubah dimensi pemikiran anda. Ambil sehelai kertas dan catatkan kelebihan serta potensi yang ada pada diri anda. Serlahkan potensi tersebut semaksimum mungkin dan jadilah hero dalam kisah anda!

10 Tip Bagaimana Untuk Gembira Di Tempat Kerja
- Saudara perlu menyukai bos saudara, setidak-tidaknya hormatilah beliau.

- Saudara harus suka dan menghormati pekerja lain.

- Cuba elakkan pertengkaran antara rakan sekerja. Sekiranya wujud sesuatu isu, cari jalan diplomatik untuk menyelesaikannya.

- Tunjukkan contoh yang baik kepada rakan sekerja yang lain. Ini dapat meningkatkan produktiviti kerja dan diri sendiri.

- Senaraikan langkah-langkah yang saudara boleh lakukan untuk menjadi produktif dan lakukan ia dengan SEGERA.

- Fokus pada kerja yang penting dan habiskannya dahulu sebelum memulakan kerja yang lain.

- Elakkan borak kosong yang boleh memakan masa terlalu lama.

- Lakukan kerja-kerja persendirian di luar waktu kerja.

- Dapatkan tidur atau rehat yang cukup untuk mengembalikan tenaga yang telah hilang.

- Bersyukurlah dengan apa yang ada. Bersyukurlah kerana saudara mempunyai pekerjaan berbanding mereka yang masih menganggur atau sedang mencari pekerjaan.

Penulis ialah penulis buku ‘Perisik Kota Saba’ dan ‘Tambah Duit dengan Kerja Part-Time’. Kini beliau berkhidmat sebagai penerbit rancangan di radio TRAXXfm di samping bergiat aktif sebagai penulis bebas.

Bagaimana menjadi orang yang disukai?
Bagaimanakah ingin menjadi orang yang disukai ramai? Adakah dengan menjadi popular dapat membuatkan orang menyukai kita? Adakah dengan berkata-kata sahaja sudah mampu membuat orang terpesona dengan kita? Ataupun adakah dengan sentiasa menolong orang sehingga membiarkan diri kita ‘dipijak’ mampu memikat hati orang lain? Di sini saya lampirkan sebahagian tip-tip untuk membuat orang menyukai diri kita. Diharapkan ia dapat memberi manfaat kepada semua.

- Sentiasa senyum kerana senyum itu sedekah.

- Tunjukkan yang kita benar- benar berminat dan mengambil berat terhadap orang lain.

- Ingat nama kerana orang akan berasa berbesar hati jika namanya diingati.

- Apabila bercakap dengan seseorang, cuba cari topik yang digemarinya.

- Jadi pendengar yang baik dengan menggalakkan orang untuk bercakap dengan anda.

- Cuba buat orang lain rasa dirinya penting dan bermakna. Lakukan dengan penuh ikhlas.

- Elakkan daripada bertengkar dan bertekak dengan orang lain.

- Hormati pendapat orang lain dan jangan sekali- kali mengkritik pendapat orang lain dan mengatakannya salah dan tidak boleh diterima akal.

- Jika kita bersalah, mengaku dan minta maaf. Jangan dikuasai ego sendiri.

Cuba sedaya- upaya untuk ‘meletakkan’ diri kita dalam diri orang lain. Percayalah, cara ini akan membolehkan kita akan lebih memahami seseorang. Namun, ia perlu dilakukan dengan penuh kejujuran.

Penulis ialah penulis buku ‘Perisik Kota Saba’ dan ‘Tambah Duit dengan Kerja Part-Time’. Kini beliau berkhidmat sebagai penerbit rancangan di radio TRAXXfm di samping bergiat aktif sebagai penulis bebas.

Negeri 5 Menara
Judul: Negeri 5 Menara

Penulis: A.Fuadi

Penerbit: PTS

Tahun: 2010

Harga: RM20

Bil. mukasurat: 488

Sangat asing sekali membaca sebuah novel berkisarkan kehidupan pelajar-pelajar di sekolah pondok. Sekurang-kurangnya di Malaysia jarang sekali latar ini diketengahkan. Yang ada pun paling tidak, di sekolah biasa. Negeri 5 Menara merupakan novel yang menggunakan latar sebuah pondok moden di Indonesia.

Berdasarkan pengalaman penulis sendiri di Pondok Modern Gontor, penulis mengolah jejaknya dari pondok tersebut sehinggalah tamat pengajiannya dan kejayaannya setelah itu menjadi sebuah kisah motivasi yang unik.

Impian dia untuk menjadi seperti B.J Habibie (Presiden Ketiga Indonesia). Cita-cita ibunya pula mahu menjadikan dia persis Buya Hamka, lantas menghantarnya ke Pondok Madani di Jawa Timur. Alif Fikri pergi dengan separuh hati, antara mahu dan tidak, tetapi hari-hari di Pondok Madani nyata mengubah dirinya. Laungan kalimat sakti man jadda wajada oleh Kiai Rais, ketua PM melantun-lantunkan semangat baru dalam dirinya.

Sepanjang kehidupan berasrama di PM, dia menemukan beberapa teman yang banyak berkongsi suka duka. Ada Raja yang rancak berpidato, Said yang beraura pemimpin, Atang yang mahir dalam seni teater, Baso yang rajin menghafal Al-Quran, dan Dulmajid yang suka membaca.  Di bawah menara masjid, mereka selalu bertemu dan memerhati kesumba langit senja. Awan-awan yang berarak seolah-olah menjelma menjadi negara dan benua impian masing-masing. Apa menara-menara impian mereka mampu dicapai? Begitu gumam mereka. Syair Imam Syafie mengiringi angan-angan mereka:

Orang pandai dan beradab

Tidak akan diam di kampung halaman

Tinggalkan negerimu dan

Merantaulah ke negeri orang…

Setelah membaca dari awal sampai sudah, ternyata Negeri 5 Menara memberi perasaan yang bercampur-campur. Jujur saya katakan, ceritanya tidak terlalu luarbiasa. Jalan cerita dan plot yang disediakan secara bingkai-bingkai kecil (story arcs) juga sederhana, kerana ceritanya adalah cerita kehidupan sepanjang di asrama PM dari tahun pertama kemasukan hinggalah tahun akhir. Tidak ada peristiwa yang terlalu dramatik ataupun bersifat misteri/saspen.

Cuma, apa yang mengindahkan prosa ini adalah penggunaan bahasa dan susunan kata yang pada saya bersifat ‘nostalgik’ dan ‘jujur’. (‘Jujur’ maksud saya adalah penceritaan dari perspektif pelajar yang adakalanya kurang matang, nakal dan lucu.) Kata-kata hikmah dan nasihat yang mengalir deras dari Kiai Rais sangat baik sekali. “Dahulu menjual mengkudu sekarang menjual durian, dahulu tidak laku sekarang jadi rebutan.” adalah antara kata yang mempesona di penghujung buku dari beliau untuk para santri yang sudah tahun akhir.

Jika ingin dikaitkan dengan pembaca, rasanya paling dekat sekali tentulah para pelajar. Juga tidak kurangnya untuk para guru dan bakal pendidik. Mereka yang terlibat dalam bidang pendidikan mungkin mampu menilai banyak perkara dari novel ini. Sistem pendidikan yang tegas tapi kreatif dijalankan di pondok moden tersebut sangat sesuai diteladani baik buruknya, pahit manisnya.

Antara yang menarik minat saya adalah sistem hukuman kepada pelajar yang melakukan kesalahan. Antara hukumannya adalah mereka perlu menjadi semacam detektif untuk menyiasat pelajar lain yang melakukan kesalahan pula. Sebagai orang yang bersalah, memerhati kesalahan orang lain pula sebenarnya akan menjadikan kita lebih awas dengan kecuaian diri, dan tentunya mengelakkan diri sendiri dari membuat perkara yang sama. Kesalahan-kesalahan sekecil mana pun tetap akan dipandang, termasuklah curi-curi berbahasa Indonesia (wajib berbicara dalam Bahasa Arab atau Inggeris di PM)!

Sekaligus, novel ini menjadi sebuah pengenalan baru yang mematahkan pandangan pesimis masyarakat tentang institusi pesantren atau pondok. Ternyata di pondok juga ada pelajaran falsafah, seni dan sains, bukanlah agama seratus peratus. Pelajar diwajibkan bergiat aktif dalam latiahn berpidato, dan juga mengembangkan bakat atau bidang yang diminati. Bukan bermaksud masuk pondok ini seperti penjara dan cuma pilihan terakhir bagi mereka yang tidak dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. (Terhibur menonton bual bicara buku ini dalam sebuah rancangan TV Indonesia di sini)

Sesekali jika anda inginkan novel yang mengimbau kenangan zaman persekolahan, rasanya novel ini cukup bagus untuk memenuhi hasrat itu. Seperti kata saya awal-awal tadi, ayat-ayatnya yang nostalgik dan jujur sangat dekat dengan lumrah jiwa seorang pelajar. Lagi-lagi setelah kita bersusah payah menempuhi zaman itu dan di penghujungnya kita bertemu impian yang diidam sejak dulu, seperti enam sekawan itu.

“Sesudah kami mengerahkan segala ikhtiar dan menggenapkan dengan doa, Tuhan mengirim benua impian ke pelukan masing-masing. Kun fayakun, maka awalnya awan impian, kini hidup yang nyata. Jadi jangan pernah remehkan impian, walau setinggi apa pun. Tuhan sungguh Maha Mendengar.”

*Buku ini buku pertama dari trilogi 5 Menara. Buku kedua sudah terbit di Indonesia dengan tajuk Ranah 3 Warna. Sumber gambar di sini.

“Orang di luar sana kini melihat kita seperti orang jahat. Ed Neenan, Timbalan Presiden Structural Dynamics Groups”

Buku Dumbest Moments in Business History ditulis oleh Adam Horowitz menceritakan bagaimana sebarang keputusan yang dibuat pada masa yang salah dapat mengundang konflik organisasi lebih besar.

Salah satu cerita organisasi yang mencuit hati saya adalah kisah organisasi bernama Structural Dynamics Research Groups di Ohio. Kisah ini berlaku pada tahun 1995. Dalam salah satu hari bekerja di organisasi ini, salah satu harinya dijadikan hari khusus bagi pekerja membawa anak bagi melihat suasana dan tempat ibu bapanya pekerja. Hari itu dinamakan sebagai Take Our Daughters to Work Day.

Pada hari itu, pengurus bahagian kejuruteraan bernama Bill Means membawa anak perempuannya bernama Marissa yang berusia lapan tahun ke tempat kerjanya.

Apa yang berlaku?

Pada hari yang sama, iaitu pada hari yang dipanggil sebagai Take Our Daughters to Work Day, Means dipanggil oleh pihak atasan bagi memaklumkan satu perkara penting.

“Bill Means, awak diberhentikan kerja,” arahan pihak atasan berkuat kuasa pada hari yang sama.

Pada hari apabila anaknya dibawa bersama ke bangunan organisasi itu, Means diberhentikan. Dia bekerja di sana selama dua tahun.

Dalam keadaan serba salah, Means cuba menerangkan kepada Marissa apa yang berlaku pada hari itu, ditambah lagi dengan keadaan mereka anak-beranak diiring keluar bangunan oleh pengawal keselamatan.

Kemudian, cerita pemberhentian kerja Bill Means bertukar menjadi bahan media yang menarik. Media menggambarkan bagaimana seorang bapa yang juga seorang pekerja dimalukan di hadapan anak kecil oleh organisasi sendiri. Semuanya menjadi kecoh. Televisyen dan akhbar menyiarkan cerita ini.

Akhirnya, Timbalan Presiden Structural Dynamics bernama Ed Neenan memohon maaf selepas kekecohan seperti ini berlaku. Apakah yang dikatakan oleh Ed Neenan pada peristiwa ini, “Orang di luar sana kini melihat kita seperti orang jahat.”

Kisah benar Bill Means ini mendedahkan kita kepada beberapa prinsip penting bagi mengurus konflik. Sebarang keputusan atas ke bawah perlu dibuat pada tempat dan masa yang sesuai.

Pemberhentian Bill Means di organisasi itu mencipta konflik kecil antara bekas pekerja dan majikan. Tetapi keputusan yang dibuat mencipta konflik yang besar antara organisasi dan orang ramai di luar.

Ed Neenan mengakuinya betapa satu keputusan mudah yang sudah menjadi sebahagian budaya organisasi menjadikan beliau perlu bermula dari awal. Pertama Ed Neenan perlu meminta maaf bukan sahaja kepada Bill Means dan anaknya, malah kepada semua yang sedang mengikuti kes ini.

Kedua, Ed Neenan perlu membuang persepsi negatif yang kini menjadi label baru kepada Structural Dynamics Research Groups. Ketiga, Ed Neenan perlu membina kredibiliti organisasi supaya ia dipercayai sebagai satu organisasi yang turut mengambil kira keperluan pekerja malah dapat diyakini bakal rakan usaha sama pada masa akan datang.

Keempat, Structural Dynamics Research Groups perlu mencipta keyakinan demi keyakinan bagi memastikan tenaga kerja yang berpotensi dan dapat memajukan organisasi memilih organisasi ini bagi membina karier. Tanpa tenaga kerja yang terbaik, Structural Dynamics Research Groups menjadi organisasi yang hanya tinggal nama sahaja.

Keempat-empat perkara yang dikategorikan sebagai kos membina kredibiliti, imej dan reputasi ini dapat dielakkan jika keputusan itu disampaikan pada masa yang sesuai. Konflik kecil bertukar menjadi konflik besar apabila diselesaikan pada masa yang tidak sesuai.

Casino bonuses online casinos south africa online casino gaming.

“Bersangka baik kepada Allah ketika mengurus konflik maka ia menjadi ibadah berpahala.”

Kumpulan penunggang motosikal berkuasa besar Harley Davidson di Amerika Syarikat adalah kumpulan yang digambarkan sebagai satu puak yang terasing dalam masyarakatnya sendiri.

Mereka wujud atas dasar anti kapitalisme yang mementingkan budaya korporat, hartanah, gaya hidup berstatus yang menjadikan masyarakatnya saling berkejar-kejaran dalam menunjukkan siapa yang lebih banyak wang dan lebih tinggi status hidup mereka.

Kemunculan kumpulan penunggang ini sama seperti timbulnya kumpulan Hippies yang sentiasa melaungkan moto Peace No War.

Tetapi di Amerika, baik kumpulan Harley mahupun Hippies mengalami serangan-serangan terbuka dari dalam dan luar. Mereka dilihat sebagai anti sosial, kaum Barbar, ganas, penagih dan perompak dari kaca mata Hollywood. Meskipun ada yang berlaku sedemikian, tetapi ia gambaran tidak adil seolah-olah 100 peratus berkeadaan sedemikian. Realitinya, mereka adalah ancaman kepada dasar kapitalis yang hidup di bumi Uncle Sam.

Menyertai kumpulan Harley Davidson bukanlah aktiviti semurah yang disangka. Motosikalnya sahaja mencecah puluhan hingga ratusan ribu ringgit. Mereka memilih motosikal Harley Davidson kerana reka bentuk besinya yang mempamerkan sisi kelakian mereka.

Dengan mengikat bandana di kepala, membawa sebilah pisau ala Rambo dan membela jambang, mereka berkonvoi dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Ada waktunya mereka digelar sebagai golongan enviromentalist iaitu kumpulan yang memelihara dan mencintai alam.

Kehidupan mereka mementingkan kekuatan fizikal. Jika berlaku perselisihan, pistol bukanlah penyelesaian meskipun ia mudah didapati. Badan yang dicomoti minyak gris adalah perkara biasa buat mereka.

Kebanyakan mereka datang dari keluarga kapitalis yang kaya-raya yang sudah tidak mementingkan keluarga. Gaya kehidupan kumpulan Harley meniru cara hidup dan gaya berpakaian puak Red Indian dengan menjadikan jaket kulit, alas tempat duduk dari kulit haiwan dan bulu sebagai perhiasan motosikal masing-masing.

Mereka mempunyai tempat berkumpulnya sendiri. Ia pernah mencecah ratusan ribu orang penunggang apabila berkumpul. Pernah satu kumpulan dakwah menghampiri kumpulan ini ketika hari perhimpunan mereka setiap tahun.

Di tempat inilah, segala perkara haram menjadi halal. Kumpulan dakwah ini diketuai seorang pensyarah yang menjalankan misi ini bersama rakan-rakannya dengan menyewa motosikal Harley Davidson.

Sudah menjadi perkara biasa apabila kumpulan pendakwah ini menjadi sindiran di kalangan mereka. Itu dilihat ringan oleh kumpulan pendakwah berjubah dan berserban ini yang terdiri daripada wajah Barat dan Arab di kalangan mereka bertiga.

Tetapi keganjilan mereka memudahkan mereka didekati dan dijadikan medium perbualan. Pakaian mereka menjadi medium dakwah dan pemula bicara meskipun ada waktunya ia bermula dengan provokasi dan jenaka. Namun hidayah Allah masuk ke dalam hati seorang dua daripada mereka. Hingga kini, ada beberapa daripada ahli kumpulan penunggang motosikal ini kembali kepada Islam.

Salah seorangnya berkahwin dengan dua orang wanita Filipina. Apabila kumpulan pendakwah menemui mereka yang sudah bergelar Muslim, ada yang menunjukkan tatu yang penuh di tangan mereka dan berkata, “Inilah kesan kejahilanku. Jika tidak kerana ia mencacatkan kulit, sudah lama aku membuangnya.” Namun kegemaran mereka pada motosikal Harley Davidson masih sama.

Ketika kumpulan pendakwah ini mahu meninggalkan kawasan itu, mereka terdengar suara wanita memanggilnya.

“Hey are you Mosleem?”

Kumpulan pendakwah yang menuju ke motosikal masing-masing berpaling. Seorang gadis tanpa pakaian sedang memanggil mereka dari belakang. Wajahnya kelihatan sugul dan benar-benar meminta pertolongan. Mereka menundukkan wajah daripada melihat susuk tubuh gadis itu.

“I don’t know who you are. But please let me out from this hell. If you think that I will be in the hell after this, let me tell you i’ve been there 15 years ago…,” katanya dengan solekan yang semakin luntur kerana air mata. Tempat itulah nerakanya sejak 15 tahun yang sentiasa menginginkan tubuhnya.

Para pendakwah saling berpandangan. Salah seorang daripada mereka dengan segera menghampirinya dan membalutnya dengan kain tebal yang dibawa bersama dalam ekspedisi mereka.

Para pendakwah mencari-cari jalan keluar daripada situasi yang berlaku secara tiba-tiba ini. Apa yang perlu mereka lakukan?

Mereka mempunyai pilihan sama ada membawa gadis ini bersama ataupun membiarkan gadis itu di situ. Tetapi keutamaan membawa gadis itu keluar dari tempat itu menjadi pilihan pertama.

Apa yang terjadi dengan gadis ini selepas itu?

Menurut cerita, kini dia berkahwin dengan seorang Muslim warganegara Afghanistan. Gadis ini menjadi seorang Muslim dan menetap di sana. Berbeza daripada keadaan gadis ini ditemui oleh ketiga-tiga pendakwah sebelum ini, kini beliau menutupi tubuhnya dengan pakaian tradisional burqa. Apa lebih penting lagi adalah kata-katanya, “Apa yang ada hari ini lebih menggembirakanku.”

Cerita ini disampaikan secara lisan kepada penulis pada tahun 2005 oleh salah seorang pendakwah yang terbabit dalam pengalaman unik ini. Apa yang dihadapi oleh ketiga-tiga pendakwah ini mengajar lima situasi dalam konflik yang wujud apabila berhadapan dengan keadaan ini.

Pertama, Konflik Berlaku dalam Kejutan

Tidak semua konflik dapat dijangka. Ia ada kalanya berlaku secara tiba-tiba. Ada kalanya ia sesuatu yang tidak pernah terfikir akan berlaku dan luar daripada pengalaman biasa individu terbabit. Ia berlaku apabila kita berasa segalanya dalam keadaan normal dan biasa. Apabila berlakunya konflik secara tiba-tiba, individu terbabit perlu segera mengadaptasi diri segera bagi mengurus konflik itu.

Kedua, Konflik Sering Berkait Rapat dengan Kuasa Pilihan

Mengurus konflik yang berlaku memberi kita kuasa membuat pilihan. Para pendakwah tadi mempunyai kuasa pilihan sama ada mahu membantu gadis terbabit ataupun bersikap tidak endah dengan permintaan itu. Sama juga keadaan yang dilalui oleh gadis dalam cerita tadi. Konflik jiwa yang dihadapi gadis terbabit mendorong beliau memilih sama ada mahu terus berada di situ ataupun nekad memohon pertolongan para pendakwah itu.

Ketiga, Konflik Perlukan Keputusan Segera

Ada konflik yang menuntut supaya ia diselesaikan secara berperingkat. Ada pula yang menuntut ia diselesaikan seberapa segera. Dalam cerita yang disampaikan menunjukkan ada juga keadaan yang mendesak supaya konflik diurus kurang daripada sejam. Satu keputusan perlu dibuat seberapa segera.

Keempat, Konflik Orang Lain Memberi Kesan kepada Kita

Konflik orang lain memberi kesan kepada diri kita. Apa yang dilalui oleh gadis yang berhadapan dengan konflik asalnya berlaku pada satu pihak sahaja. Kemudian gadis itu memerlukan campur tangan ketiga-tiga pendakwah itu tadi bagi membantunya.

Campur tangan bagi mengurus konflik pihak kedua ada kalanya menjadi pintu penyelesaian yang dicari-cari. Disebabkan memendam konflik secara sendirian begitu lama, maka tidak banyak alternatif yang dapat dicari. Apa yang ditunggu adalah pintu peluang yang datang secara tiba-tiba.

Apa yang dilakukan oleh gadis dalam cerita ini adalah beliau memilih supaya keluar daripada situasi terlebih dahulu, kemudian barulah memikirkan bagaimana mahu mengurus hidupnya kembali. Ketiga-tiga pendakwah tadi adalah pintu keluar kepada situasi yang dihadapi ketika itu.

Kelima, Konflik Dorong Sikap Sangka Baik kepada Tuhan

Tidak ada sesiapa di antara individu dalam cerita tadi tahu pengakhiran pilihan mereka. Tetapi mereka berkongsi sikap yang sama apabila mengurus konflik si gadis. Persamaan itu adalah mereka bersangka baik kepada Allah.

Mereka meletakkan harapan kepada Tuhan supaya kuasa pilihan yang diguna bagi mencari jalan keluar konflik gadis itu membawa kepada keadaan yang lebih baik. Sikap positif mereka kepada Allah apabila mengurus konflik dapat dilihat melalui kuasa pilihan yang dimiliki tidak menjadikan mereka melarikan diri daripada situasi yang dihadapi.

Bersangka baik kepada Allah ketika mengurus konflik menjadikan ia suatu ibadah. Jika konflik itu dilihat sebagai ujian, maka ketiga-tiga pendakwah melalui ujian itu dengan memberi kemudahan kepada orang lain mencari kehidupan yang lebih baik.

Aussie slots best online pokies the best online casinos.

“Kami tidak sefahaman, masing-masing mahu perkara yang berbeza. Oleh itu kami tidak sepakat lagi.”

Apabila kita membuat apa-apa keputusan, kita tentu mengambil kira kepentingan diri sebagai salah satu ukuran kepada keputusan itu. Jika keputusan itu cenderung mendedahkan diri kepada situasi menang kalah, maka keputusan itu tidak dipersetujui. Kita pastinya cuba membuat satu keputusan yang memenuhi keperluan, keinginan dan prioriti peribadi.

Konflik adalah Perkara Biasa dan Berulang-ulang

Konflik dalam sebuah organisasi mempunyai ciri-ciri yang sama. Mengurus konflik di organisasi disebut juga sebagai mengurus keadaan yang sudah dijangka.

Kajian organisasi mendapati, konflik dalam organisasi adalah bersifat berulang. Sekiranya organisasi dapat mengenal pasti corak konflik yang timbul apabila sebarang keputusan hendak dicapai, lebih mudah individu menggunakan alat mengurus konflik yang bersesuaian.

Organisasi tanpa konflik adalah organisasi beku. Ia tidak bersifat dinamik kerana variasi pandangan tidak berlaku. Organisasi seperti ini cenderung kepada gaya pengurusan autokratik. Setiap pandangan dan keputusan hanya daripada seorang individu. Mereka yang di bawah hanya bertindak melaksanakan keputusan itu.

Amalan organisasi seperti ini percaya, konflik adalah sesuatu yang buruk. Perbezaan dilihat sebagai pemberontakan dalam organisasi. Konflik juga dilihat sebagai kelemahan. Bagi memastikan organisasi berjalan tanpa gangguan, segala keputusan dilakukan oleh pihak atasan. Organisasi dengan amalan seperti ini percaya, tindakan ini dapat mempercepatkan perkembangan organisasi.

Sebaliknya, kepercayaan mengenai seorang sahaja dapat menyelesaikan semua masalah adalah dongeng yang mem-bunuh potensi organisasi. Realitinya, organisasi seperti ini tidak terlepas daripada konflik. Apa yang membezakan organisasi gaya autokratik dengan amalan organisasi lain adalah konflik dari lapisan bawahan bertukar menjadi konflik yang tidak produktif sifatnya. Ia bertukar kepada rasa tidak puas hati apabila konflik gagal diuruskan. Konflik dalam organisasi gaya autokratik bersifat konflik terpendam.

Organisasi gaya autokratik berhadapan dengan pilihan yang terhad kerana tidak ada alternatif-alternatif lain sebagai sumber membuat keputusan. Konflik adalah kilang yang mengeluarkan segala jenis keputusan sama ada pro ataupun kontra. Kedua-duanya mempunyai kesan kepada organisasi. Jika ia tidak diurus sebagai sumber dan disekat, maka konflik menjadi lebihan yang sia-sia kepada organisasi kerana ia tidak diguna pakai.

Konflik Melibatkan Variasi Pandangan daripada Individu Berbeza

Biasanya, konflik berlaku dalam keadaan biasa. Keadaan menjadi kompleks ketika masing-masing sedang dalam proses mencapai kata sepakat. Ini disebabkan penglibatan individu yang berbeza menjadikan jangkaan setiap orang dalam proses itu berlainan.

Variasi pandangan yang menimbulkan konflik mempunyai kaedah mengurus yang berbeza. Kaedah mengurus konflik juga dipanggil sebagai sistem. Setiap sistem mempunyai fungsi yang berbeza bergantung kepada jenis konflik yang dikendalikan.

Konflik Timbul apabila Keutamaan Diri Tidak Dipenuhi

Konflik berlaku apabila jangkaan peribadi tidak dipenuhi. Meskipun masing-masing melihat perkara yang sama, tetapi mereka juga mempunyai cita-cita peribadi yang hendak dicapai. Keputusan yang tidak memenuhi jangkaan diri membuat kita tidak selesa dan cenderung menolak.

Konflik Timbul apabila Keputusan Dilihat Sebagai Ancaman

Kita cenderung tidak bersetuju dengan keputusan yang diambil kerana terdapat unsur ancaman. Selagi ancaman itu tidak dapat diatasi, sikap menolak pasti semakin menjadi-jadi. Keadaan bertukar menjadi kompleks kerana wujudnya ancaman ini.

Ancaman ini selalu disandarkan kepada faktor fizikal. Konflik timbul apabila individu berasa terdapat ancaman pada status, jawatan dan bidang kuasa yang dipegang ketika ini.

Konflik Timbul kerana Persepsi Negatif

Persepsi mendorong reaksi yang berbeza. Persepsi negatif cenderung kepada reaksi bersifat mempertahankan sesuatu, membuat keputusan bersifat hitam ataupun putih dan cenderung mendominasi. Persepsi negatif berlaku apabila kita berasa keputusan yang diambil memberi ancaman kepada diri. Maka kita cenderung untuk menentang.

Persepsi positif cenderung kepada reaksi bersifat kerjasama, iaitu dengan mengharmonikan dua pandangan menjadi satu dan mencipta keputusan bersama.

Konflik Timbul apabila Tuntutan Psikologi Tidak Diambil Kira

Keputusan bersama yang mengambil kira keperluan psikologi individu terbabit membuatkan kedua-dua pihak mudah ber-puas hati. Keperluan psikologi termasuklah rasa tenang dan berlapang dada kedua-dua pihak kepada kata sepakat yang dicapai.

Keseimbangan psikologi berlaku apabila kita jelas dengan deskripsi keputusan melibatkan proses kerja, tempoh dan kaedah bagi mencapai keputusan itu.

Deskripsi keputusan yang jelas mengurangkan rasa ragu-ragu pada apa yang hendak dicapai. Ia memberi lebih keyakinan kepada kita, keputusan yang dicapai adalah keputusan yang teliti dan mengambil kira setiap perkara. Ia juga menunjukkan keputusan yang diambil adalah keputusan yang serius.

Konflik Bersifat Kompleks Dirungkai kepada Pelbagai Situasi dalam Satu Acuan

Mengurus konflik melibatkan kaedah merungkaikan semula situasi yang kompleks dengan mengelaskan setiap satu situasi yang timbul. Setiap konflik timbul apabila situasi-situasi berbeza bertembung dalam isu yang sama.

Mengurus konflik mengambil kira apakah punca bagi setiap situasi dan bagaimana penyelesaian setiap situasi dapat memberi satu keputusan yang menguntungkan semua pihak. Mengurus konflik juga disebut memecahkan situasi kepada kumpulan yang berbeza.

Best slots games online casino online casino guide.