About Me

Azree Hanifiah merupakan pemilik blog StudioMuslim. Bergiat aktif dalam menerima undangan ceramah kepimpinan untuk pelajar sekolah. Kepada yang berminat untuk menghubungi saya, sila emel ke azree.mh@gmail.com.

Minat dan Suka

Ditulis oleh Azree Hanifiah on Sep 4th, 2008 | Filed under: Bisnes & Kewangan, Motivasi

Pelajar KISAS

“Shazli, kau bagi aku jaga kaunter yang kosong. Kaunter ‘undecided’. Boleh aku lepas-lepak. Hehe. Budak KISAS mana ada yang mengaku tiada hala tuju lagi.” Saya mengukir senyum nakal sambil menunggu-nunggu pameran bermula.

Petang Jumaat lepas, saya bersama rakan-rakan bekas pelajar sekolah bertandang semula ke desa ilmu kami yang dulu – Kolej Islam Sultan Alam Shah – untuk satu program anjuran batch kami sendiri. Orang kata kalau bertandang ke sekolah lama jangan cari pasal. Buat baik terlebih dahulu, kemudian barulah pihak sekolah akan ‘berbuat baik’ kepada kita pula.

Program yang kami anjurkan pada petang itu berupa perkongsian pengalaman di universiti. Cara memilih kursus dan bidang yang sesuai dengan minat masing-masing. Kami menyediakan 11 meja mewakili 11 kursus yang ditawarkan selepas SPM. Termasuk juga satu meja untuk pelajar yang masih belum memilih apa-apa kursus – undecided. Malamnya pula kami merancang satu forum untuk pelajar KISAS. (more…)

Popularity: 4% [?]


Qada dan Qadar Membina Kegemilangan

Ditulis oleh Azree Hanifiah on Aug 28th, 2008 | Filed under: Dakwah Kampus

CHANGE

“Saya ada satu persoalan yang berkaitan dengan isi usrah kita malam ini iaitu Qada dan Qadar. Mungkin boleh menghangatkan perbincangan usrah kita.” Hafiz Bai memulakan bicara.

Semua mata tertumpu pada Hafiz Bai. Malam ini merupakan malam bagi usrah kedua kami bersama naqib baru, Dr. Sani Izan, pensyarah bidang kejuruteraan.

Hafiz Bai menyambung, “Semasa kecil saya selalu berfikir-fikir tentang Qada dan Qadar. Bagaimana Allah menetapkan segala sesuatu tetapi dalam masa yang sama juga kita diberi untuk membuat pilihan.”

“Satu persoalan yang menarik untuk usrah kita hari ini. Ada sesiapa punya jawapan untuk persoalan ini?” ujar abang Sani. (more…)

Popularity: 6% [?]


Catur Bistari - Keusahawanan

Ditulis oleh Azree Hanifiah on Aug 20th, 2008 | Filed under: Bisnes & Kewangan, Kembara Hidup

Catur Bistari

“Macam ini saudara, saudara nak tak duit RM4 juta saudara jadi RM6 juta.” Saya memandangnya dengan wajah senyum. Cuba membuat satu urusniaga di luar permainan.

Bayangkan dalam kumpulan itu, hanya saya seorang terkapai-kapai cuba bermain Catur Bistari. Dan bukannya di peringkat daerah atau negeri, tetapi di peringkat akhir perlawanan antara lebih 20 kumpulan setiap  universiti seluruh Malaysia.

Sebetulnya saya terpaksa mengganti seorang pemain dan kumpulan UIAM telah berjaya ke peringkat akhir. Permainan Catur Bistari ini masih baru untuk saya dan saya tidak pernah sentuh pun sebelum ini. Cuma pada andaian awal saya jika ia kelihatan seperti permainan Cashflow 101, maka tidak menjadi masalah untuk saya mewakili UIAM. (more…)

Popularity: 9% [?]


Program Palestin Sepanjang Tahun 2008

Ditulis oleh Azree Hanifiah on Aug 8th, 2008 | Filed under: Promosi

Palestin wallpaper
Palestine

Tarikh: 8/8/08
Program: “Malam Air Mata Palestin”
Tempat: Pusat Dakwah Islamiyah, Paroi, Seremban.

2.00 pm ~ 10.30 pm :
Ekspo Dunia Islam & Palestin

8.00 pm ~ 10.00 pm :
1) Ucapan Aluan oleh Ustaz Haji Abdul Halim Abdullah, Naib Presiden & Ketua Perhubungan Negeri ISMA NS,
(2) Tayangan Slide - Ustaz Mejar Nazri Munsman, Wakil Jawatankuasa ISMA Pusat,
(3) Ucap Utama - Syeikh Saud Abu Mahfidz, Ahli Lembaga Muassasah Masjid
Al-Aqsa,
(4) Nasyid - Nazery Johani ex-Raihan.

Kutipan sumbangan ke Tabung Palestin oleh badan-badan koporat dan para hadirin hadirat.
[anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) N9 dan Majlis Agama Islam N9 (MAINS)]

Tarikh: 14 Ogos 2008
Program: Remembrances of Al-Qud’s Day : Prologue
Tempat: Kolej Cemara, Seksyen 18 Shah Alam (Berdekatan dgn Mydin dan Pasaraya Ole2 yang baru dibuka)
Waktu: 8.00 malam -10.30 malam

Ceramah akan disampaikan oleh wakil dari Aman Palestin dan JIM International
Penampilan istimewa oleh Mua’dz Al-Masaar (InsyaAllah)

Palestin ditindas
Palestine

Tarikh: 15 Ogos 2008
Program: Ceramah Nakbah by Akh Ridzuan Harun
Tempat: Masjid ar-Raudah, Sg Kelambu, Banting

Tarikh: 20 Ogos 2008
Program: Ceramah Nakbah by Dr HMN
Tempat: Masjid al-Azim, Melaka

Tarikh: 21 Ogos 2008
Program: Palestin 21 OGOS
Anjuran: KARISMA, kerajaan Negeri Selangor dan nasyeed.com

Tarikh: 23&24 Ogos 2008
Program: Training for Trainers Palestin (Zon tengah)
Tempat: UIA Gombak
Anjuran: KARISMA

Tarikh: 23&24 Ogos 2008
Program: Ceramah Perdana oleh Aman Palestin - Kutipan Tabung (masa ceramah), Memorandum, Rísalah flyers, Booth Jualan
Tempat: Universiti Teknologi Petronas
Anjuran: KARISMA, AMAN Palestin, Rakan Masjid UTP

Tarikh: 24 Ogos 2008
Program: Ceramah Nakbah oleh Akh Ridzuan Harun
Tempat: Masjid Zakaria, Bt 81/2 Jln Gombak

Tarikh: 29-30 Ogos 2008
Program: Nakbah Palestin
Tempat: KTR Balok Jaya 2, Kuantan
Anjuran: Jemaah Islah Malaysia(JIM)

Jika ada sebarang program berkaitan Palestin, sila maklumkan kepada saya untuk dimasukkan sekali dalam diari program Palestin ini.

Popularity: 12% [?]


Bengkel Blog - UIAM

Ditulis oleh Azree Hanifiah on Aug 2nd, 2008 | Filed under: Promosi

Bengkel Blog
Bengkel Blog

Alhamdulillah, saya mohon maaf kerana lewat memberitahu tentang bengkel blog ini atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan. InsyaAllah pada 9 Ogos ini pihak QYC(Quranic Youth Club) akan mengadakan bengkel blog di UIAM, Gombak.

Bengkel adalah percuma dan penyertaan terbuka kepada orang ramai. Sila daftarkan diri di sini(nama, no telefon, dan emel).

Tarikh: Sabtu 9 Ogos 2008

Tempat: Kelas bawah masjid UIAM, Gombak.

Waktu: 9 pagi - 3 petang.

Sila bawa pen dan buku catatan! Jika ada laptop, lebih baik.

Nota: Bengkel ini tidak akan mengajar anda bagaimana membuat duit dengan adsense!

Sebarang pertanyaan boleh hubungi, Ezzani - 013-6787478

Popularity: 15% [?]


  • Kata-kata Hikmah

    “You need time to learn. You need time to make mistakes. You need time to learn from mistake. You need time to rebound back. You need time to grow.” -Pakdi.net-
  • Iklan

  • Buat Pautan

    Bagi yang ingin membuat pautan ke StudioMuslim, copy & paste script di atas ke dalam laman blog Anda.

  • Mood